Section 7, 40000, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel/Fax: +603.55100727
HP Hjh Oomi: +6012.4552642
Business hours: by appointment only, please call to fix appointment
TRADITIONAL MASSAGE FOR LADIES. Puan Hajjah Oomi Jannah operates from Bukit Damansara. Services include Confinement Treatment Centre which caters for modern women’s lifestyles in a yet traditional way. Ladies in confinement must undergo thorough and detailed care - a service which we are offering within the comfort and privacy of a home URUTAN TRADISIONAL UNTUK WANITA. Lalui pengalaman rawatan selepas bersalin dan rawatan tradisional wanita yang lain di premis kami di Bukit Damansara
Pengenalan :
Kursus Pengenalan Perbidanan secara Profesional mengenai “Perawatan Dalaman selepas Bersalin” merupakan kursus yang merangkumi rawatan-rawatan tradisonal yang diperlukan semasa berpantang bagi wanita yang baru melahirkan anak. Kursus ini dianjurkan khas kepada ibu-ibu tunggal yang berminat dan bersungguh-sungguh ingin menceburi bidang perbidanan profesional sebagai sumber pendapatan untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pakar Perunding Perbidanan bertauliah dalam perawatan Tradisional selepas bersalin/dalam pantang iaitu Hajjah Oomi Jannah bt Haji Abdul Hamid. Beliau mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam bidang ini.
Berasal dari Kedah dan kini menetap di Shah Alam, Selangor , beliau merupakan pemilik Syarikat THORIQ Enterprise dan Treasures Of Oomi yang telah beroperasi selama 24 tahun serta banyak berjasa kepada golongan wanita atau ibu-ibu yang memerlukan perawatan tersebut. Beliau yang juga merupakan konsultan telah memberikan khidmat kepada pelanggan yang bukan calang-calang wanita. Antaranya ialah DYMM Raja Permaisuri Agong; Permaisuri Nor Zahirah, DYMM Tengku Fauziah, isteri-isteri duta dari luar Negara dan isteri-isteri menteri dalam Malaysia.
Objektif Kursus :
Kursus ini dicadangkan oleh Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah iaitu YTM Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz sebagai salah satu program di bawah Program Pembangunan Wanita YSB memandangkan terdapat faktor permintaan yang berterusan di mana-mana sahaja di kalangan wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Di samping itu juga , faktor seperti kekurangan pakar perbidanan terutama yang bertauliah atau profesional di dalam bidang perbidanan secara tradisional amat berkurangan terutama sekali di kalangan wanita belum lanjut usia seperti ibu tunggal yang masih muda atau wanita yang belum mencapai usia warga emas yang mampu berdikari dengan menggunakan kemahiran tersebut.
Berikutan itu, maka tercetuslah idea untuk menganjurkan program yang berkaitan dengan perbidanan tradisional bagi golongan tersebut dalam merealisasikan matlamat berikut :
Pengisian :
Sesi 1 : Sesi Perkenalan/Mengenal Diri
Sesi 2 : Sesi Motivasi
Sesi 3: Pengenalan Kepada Kursus Penuh Perawatan Dalam Pantang
Tajuk –tajuk :
Secara keseluruhannya, matlamat sesi yang berlangsung dalam Kursus ini boleh dikatakan telah berjaya dicapai dengan target sasaran yang tepat dari segi jumlah penyertaan serta latar belakang peserta. Kursus Lanjutan akan diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada peserta yang terpilih dan benar-benar layak untuk bergiat sebagai bidan profesional sebagai satu kerjaya yang dapat meningkatkan kemajuan dan ekonomi golongan wanita khususnya ibu tunggal.
di petik dari: http://www.ysb.com.my/melayu/wanita/kursus%20pengenalan%20perbidanan.html