Showing posts with label Articles. Show all posts
Showing posts with label Articles. Show all posts

Wednesday, July 30, 2008

Rawatan Tradisonal Selepas Bersalin

KURSUS PENGENALAN PERBIDANAN PROFESIONAL - "Rawatan Tradisonal Selepas Bersalin "
Anjuran Program Pembangunan Wanita (Yayasan Sultanah Bahiyah)
16 Mac 2007,Hotel Seri Malaysia, Alor Star

Pengenalan :
Kursus Pengenalan Perbidanan secara Profesional mengenai “Perawatan Dalaman selepas Bersalin” merupakan kursus yang merangkumi rawatan-rawatan tradisonal yang diperlukan semasa berpantang bagi wanita yang baru melahirkan anak. Kursus ini dianjurkan khas kepada ibu-ibu tunggal yang berminat dan bersungguh-sungguh ingin menceburi bidang perbidanan profesional sebagai sumber pendapatan untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pakar Perunding Perbidanan bertauliah dalam perawatan Tradisional selepas bersalin/dalam pa
ntang iaitu Hajjah Oomi Jannah bt Haji Abdul Hamid. Beliau mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam bidang ini.

Berasal dari Kedah dan kini menetap di Shah Alam, Selangor , beliau merupakan pemilik Syarikat THORIQ Enterprise dan Treasures Of Oomi yang telah beroperasi selama 24 tahun serta banyak berjasa kepada golongan wanita atau ibu-ibu yang memerlukan perawatan tersebut. Beliau yang juga merupakan konsultan telah memberikan khidmat kepada pelanggan yang bukan calang-calang wanita. Antaranya ialah DYMM Raja Permaisuri Agong; Permaisuri Nor Zahirah, DYMM Tengku Fauziah, isteri-isteri duta dari luar Negara dan isteri-isteri menteri dalam Malaysia.

Objektif Kursus :
Kursus ini dicadangkan oleh Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah iaitu YTM Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz sebagai salah satu program di bawah Program Pembangunan Wanita YSB memandangkan terdapat faktor permintaan yang berterusan di mana-mana sahaja di kalangan wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Di samping itu juga , faktor seperti kekurangan pakar perbidanan terutama yang bertauliah atau profesional di dalam bidang perbidanan secara tradisional amat berkurangan terutama sekali di kalangan wanita b
elum lanjut usia seperti ibu tunggal yang masih muda atau wanita yang belum mencapai usia warga emas yang mampu berdikari dengan menggunakan kemahiran tersebut.

Berikutan itu, maka tercetuslah idea untuk menganjurkan program yang berkaitan dengan perbidanan tradisional bagi golongan tersebut dalam merealisasikan matlamat berikut :

  1. Memberi peluang kepada ibu tunggal atau wanita yang berminat terutama di kalangan mereka yang ingin memajukan diri dan menyara keluarga bagi menjana ekonomi dengan meningkatkan pendapatan seharian.
  1. Secara tidak langsung, meningkatkan pengetahuan di kalangan wanita terbabit yang melalui proses berpantang agar mereka dapat melalui proses berpantang dengan lebih sempurna dan teratur.
Sasaran :
Wanita termasuk ibu tunggal yang berminat dan berdikari serta ingin mengasah kemahiran dalam bidang perbidanan bagi menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan utama untuk menyara keluarga dan menambah pendapatan seharian.
Seramai 40 orang disasarkan dalam kursus ini sebagai permulaan dan jumlah penyertaan pada hari kursus berlangsung juga adalah seramai 40 orang.

Pengisian :
Sesi 1 : Sesi Perkenalan/Mengenal Diri
Sesi 2 : Sesi Motivasi
Sesi 3: Pengenalan Kepada Kursus Penuh Perawatan Dalam Pantang
Tajuk –tajuk :

  1. Mengurut secara tradisional Melayu dan urutan Mustika Ratu (khusus untuk ibu-ibu selepas bersalin).
  2. Bertungku yang betul.
  3. Bertangas dengan rempah-rempah.
  4. Meletakkan batu meriyan ke tempat asal (semasa 35 hari dalam pantang).
  5. Masalah peranakan menurun.
  6. Cara membersihkan uri selepas bersalin.
  7. Cara untuk memontokkan tubuh badan

Secara keseluruhannya, matlamat sesi yang berlangsung dalam Kursus ini boleh dikatakan telah berjaya dicapai dengan target sasaran yang tepat dari segi jumlah penyertaan serta latar belakang peserta. Kursus Lanjutan akan diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada peserta yang terpilih dan benar-benar layak untuk bergiat sebagai bidan profesional sebagai satu kerjaya yang dapat meningkatkan kemajuan dan ekonomi golongan wanita khususnya ibu tunggal.

di petik dari: http://www.ysb.com.my/melayu/wanita/kursus%20pengenalan%20perbidanan.html

Monday, July 30, 2007

Article: Rawatan lepas bersalin penting


click on the photo for a larger view

Newspaper cutting


Click on the photo for a larger view

Mustika Ratu


click on the photo for a larger view

Amalan Susuk Memakan Diri

PENGAMALAN tahyul di kalangan orang Melayu telah diwarisi sejak turun temurun malah ia sinonim dengan amalan sesetengah masyarakat di Indonesia.

Meski jelas bertentangan dengan hukum syarak kerana ia menyekutukan Allah namun perbuatan ini berakar umbi dalam jiwa pengamalnya. Tujuan ilmu pengasih yang diamalkan oleh lelaki mahupun wanita adalah untuk menampilkan wajah cantik atau menundukkan orang lain.

Selanjutnya...

Maknanya apabila bertentangan mata dengan si pengamal tidak semena-mena jatuh kasih ataupun lemah hati.

Dalam sesetengah kes ia diamalkan untuk menguasai seseorang di mana perkataan yang terucap keluar akan menimbulkan belas atau kekaguman si pendengar.

Ilmu pengasih yang diamalkan oleh isteri supaya suami bertambah kasih dinamakan tilawah.

Masyarakat Melayu mengenalinya sebagai nasi tangas. Akibatnya suami seperti orang bodoh dan menurut apa sahaja kehendak isteri.

Lazim perkara ini dilakukan oleh isteri yang cetek agama dan jahil tentang hukum haram mengenai perbuatan kufurnya itu.

Susuk, antara ilmu sihir untuk menampilkan wajah awet muda, cantik menawan dan kebal. Menurut pakar perbidanan tradisional, Oomi Jannah, susuk cukup terkenal di kalangan wanita yang enggan menerima hakikat kejadian manusia itu cukup indah di mata pencipta-Nya.

``Memang ada wanita moden yang masih mengamalkan pemakaian susuk walaupun tahu kesan yang akan dialami,'' katanya.

Kumpulan ini sebenarnya malas berusaha mengekalkan kecantikan sebaliknya inginkan serba menawan dalam sekelip mata.

Susuk dikategorikan dalam amalan sihir berupa bahan-bahan logam seperti jarum, serbuk emas, jarum tembaga, intan atau berlian dimasukkan ke dalam wajah atau tubuh yang disertai dengan jampi mantera tanpa mencederakan si pemakai.

``Selalunya untuk mencantikkan wajah, susuk ditanam dibahagian pipi, dagu ataupun bibir.

``Ada juga yang dimasukkan ke bahagian payu dara dan alat sulit atas tujuan mengikat nafsu suami daripada `makan luar','' katanya.

Susuk menaikkan seri lazim diamalkan oleh golongan bangsawan dan artis wanita. Lelaki pula memilih susuk untuk kebal, berani, tahan dipukul atau mampu mengalahkan lawan dengan mudah.

``Susuk diikat pantang larang, andai melanggarnya si pemakai akan mendapat wajah yang lebih hodoh daripada asal.

``Saya pernah menyaksikan azabnya seorang wanita yang memakai susuk untuk mengawal suami. Nazaknya ketika menghampiri maut terlalu seksa dan pedih,'' ceritanya.

Ia lebih mengharukan dan suasana kelam-kabut kerana bomoh yang memakaikan susuk telah pun meninggal dunia.

``Perkara aib begini seharusnya tidak berlaku dikalangan orang Islam,'' tegasnya kesal.

Oomi Jannah tidak menafikan, di kalangan artis paling popular untuk mendapatkan perkhidmatan susuk. Namun ilmu susuk tidak dipelajarinya dan selalunya beliau menyarankan wanita mandi bunga.

``Jangan sesekali menjadikan penyebab mandi bunga seseorang itu akan kelihatan cantik atau akan bertemu jodoh.

``Tujuan mandi bunga adalah untuk mengeluarkan aroma yang terdapat di dalam bunga dan sekali gus menyegarkan tubuh.''

Apabila segar, katanya, penampilan lebih meyakinkan dan ceria apabila berkomunikasi atau bertemudengan orang.

Setiap bunga mempunyai keistimewaan aroma tersendiri. Seperti bunga melur tambahnya, mempunyai semangat pengantin baru dan mengeluarkan haruman semerbak.

``Wangian melur dapat menaikkan nafsu syhawat pengantin. Begitu juga cempaka dan tanjung, aromanya begitu memikat. Kita bukan percaya kepada bunga kerana ia syirik tetapi ambil baunya untuk haruman tubuh,'' pesannya.

Beliau menasihatkan untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

``Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.

``Sebagai pendinding pula bacalah sebelum dan bangun tidur selawat 21 kali ke atas nabi, al-Fatihah, surah Al-Ikhlash, An-Naas dan al-Falaq. Insya-Allah jika terkilas pun ilmu sihir mampu ditepis,'' sarannya.

dipetik dari: http://kedahonline.net/v6/html/modules.php?name=News&file=article&sid=305

Jaundice in Newborns/Babies

July 17th, 2006 · Courtesy of Dr Cheang Hon Kit, Consultant Paediatrician/Neonatalogist of a private hospital in Penang. The hospital has a website with more information on jaundice and G6PD deficiency.

Jaundice in babies - This is a very common condition affecting over 90% of newborns born in South - east Asian region.

Why? Newborns have a limited ability to conjugate bilirubin (yellow pigments which are breakdown products of haemaglobin) during the immediate newborn period. This transient elevated bilirubin (physiological jaundice) is of little consequence unless other factors which increase the total load of bilirubin come into play. These factors are:
1. Delay in the normal maturation of the liver function eg. In prematurity.
2. Haemolysis (excessive breakdown of red blood cells) eg. In G6PD deficiency. ABO and Rh incompatibility and drug induced
3. Infections
4. Persistent vomiting.

Symptoms - Visible yellowness of skin normally appears on the 3rd day of life. The jaundice peaks around the 5th day and subsides by 7th to 10th day. Jaundice which appear earlier or later than the 3rd day or persists beyond 2 weeks is not physiological and needs thorough investigations to rule out pathological and surgical causes.

Mild to moderate jaundice - Light therapy (phototherapy) provides an effective and reasonably safe treatment for neonatal jaudice. Blue light (wavelength 450 nm) is most effective. Phototherapy works by using light energy to change bilirubin into more water-soluble products to be excreted via the bile and urine.

What parents can do
* Make sure baby has enough nutrition and fluids. Extra fluids in the form of plain boiled water should be given liberally
* Expose baby to indirect blue skylight
* Keep appointment with the doctor during baby’s first weeks of life
* Consult a doctor as soon as possible if baby is off feeds, lethargic and appears visibly more yellow.

What parents must not do
Parents must not bathe baby in herbs, alcohol etc. Babies should only be bathed with water

Nursing mothers should not eat substances which may aggravate neonatal jaundice especially in babies with G6PD deficiency. Chinese herbal drugs which can aggravate neonatal jaundice are Huan Lian, Tong Kwee, Sor Hup, Pak Poh Suah, Kow Cho Suah (terms mentioned in Hokkien dialect), etc.

Parents must not feed baby with traditional medicine. Effective treatment of Neonatal jaundice is light therapy. Severe jaundice is treated with blood exchange transfusion.

Severe jaundice
Light therapy and blood exchange transfusion

Dangers of hyperbilirubinaemia (very high levels of bilirubin in the blood). Brain damage if the unconjugated bilirubin crosses the blood-brain barrier into the brain. It stains the brain cells of the midbrain. When this happens a condition called kernicterus results. (Visit the hospital website for explanation on kernicterus)

from http://www.mymomsbest.com/index.php/jaundice-in-newbornsbabies.htm#more-245

Sunday, July 29, 2007

Ulam Awet Muda

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Badan perlu 40 nutrien

RAHSIA seniwati veteran Datuk Sarimah Ahmad yang masih mampu mengekalkan kecantikan dan kelangsingan badannya sangat mudah, iaitu mengamalkan makan ulam, minum air suam bercampur perahan lemon, bangun awal pagi, bersenam dan mandi air sejuk.

Sebelum makan, ulamnya direndam dalam air garam terlebih dulu untuk membunuh ulat atau bakteria, air suam lemon bertujuan menyingkirkan lemak berlebihan, manakala mandi air sejuk pula boleh mengekalkan kelembapan kulit. Dalam banyak laporan sebelum ini beliau bagaimanapun berulang kali menegaskan, kecantikan sebenar datang dari dalam iaitu daripada hati bersih dan tenang. Kebahagiaan ini akan terpancar pada wajah, meskipun tidak dicalit dengan solekan.

Seorang saintis tempatan juga pernah memberitahu penulis, amalan makan ulam atau sayur-sayuran mentah boleh membuatkan seseorang awet muda kerana ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.

Sebenarnya amalan makan ulam menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Malah, ia menjadi ikutan kaum lain sehingga ada yang kata rasa tidak puas makan nasi jika tiada ulam bercecah sambal belacan. Ada juga yang tidak berselera makan jika tiada ulam atau sayur. Paling tidak, mesti ada timun untuk membuka selera. Ini amalan baik kerana setiap hari badan kita memerlukan kira-kira 40 jenis nutrien untuk kekal sihat.

Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Jika mengamalkan diet yang banyak lemak, bermakna kita akan mengalami masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol tinggi. Sebaliknya, individu yang mengamalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan sayur dan buah biasanya tampil lebih sihat dan menarik serta mampu mengekalkan kelangsingan badan. Selain mempunyai pelbagai khasiat, ulam sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini banyak kajian dilakukan untuk mengkomersialkan khasiat ulam.

Pengamal perubatan tradisional mengatakan, ubat bagi pelbagai penyakit sebenarnya ada di sekeliling rumah seperti cekur, pegaga, nanas, kunyit, halia, peria, kacang botor, pucuk betik mahupun kacang panjang.

  1. Pegaga - Pegaga biasanya tumbuh melata di keliling rumah. Namun tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya vitamin A dan C serta zat besi sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang. Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

    Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari. Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis.

  2. Timun - Seorang saintis tempatan mengesyorkan supaya makan empulur (isi timun) setiap hari untuk awet muda. Rawatan tradisional Cina menggunakan timun sebagai makanan kesihatan, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan. Amalan makan timun juga boleh mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk. Mengamalkan minum jus timun segar juga dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah. Ada juga petua menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya minum jus timun dua gelas sehari, di samping bersenam dan mengawal pemakanan.

    Timun juga sebenarnya boleh menambah selera makan dan ia baik untuk diambil individu yang mengalami masalah terlalu kurus, tiada selera atau kurang berat badan. Timun juga menjadi bahan asas kepada pelbagai produk kecantikan. Secara tradisionalnya, hirisan timun boleh dijadikan pencuci muka dan membuatkan kulit lembut, licin dan sentiasa lembap; sesuai diamalkan individu yang mengalami masalah kulit berminyak.

  3. Cekur - Ia adalah ulam yang biasa tetapi jarang mendapat perhatian. Ulam daripada keluarga halia ini mempunyai banyak khasiat, khususnya untuk mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam. Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan. Ia juga mempunyai bahan antibakteria, antifungus dan antikeradangan.

  4. Kunyit muda - Walaupun rasanya kurang disenangi, kunyit muda sangat berkhasiat untuk dijadikan ulam. Kajian dijalankan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, kunyit mengandungi curcumin yang memberikan warna kuning jingga berpotensi untuk merawat barah. Kunyit juga mengandungi banyak bahan antioksida yang lebih baik berbanding vitamin C dan E, ia mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning.Perubatan tradisional Melayu menggunakan pati kunyit yang diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.

  5. Petai - Walaupun mempunyai bau kuat, ia menjadi kegemaran ramai, sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dijadikan ulam dan ia dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

  6. Pucuk kaduk - Pucuk kaduk biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan, tetapi ia juga boleh dimakan mentah. Ia dipercayai boleh menguatkan tulang dan rebusan daun kaduk dijadikan ubat melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.

  7. Pucuk gajus - Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.

  8. Lobak merah - Jarang kita jadikan lobak merah sebagai ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur. Ia baik untuk mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.

  9. Mengkudu - Pucuk mengkudu biasanya dimasak atau dicelur untuk dijadikan perencah urap dan pecal. Ia kaya dengan beta karoten dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah. Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.

  10. Jering - Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya protein, karbohidrat dan serat yang mampu mengubati penyakit kencing manis.
dipetik dari: http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-240126.html